Selasa, 13 April 2010


Khamis, 8 April 2010, dua orang guru penasihat Kadet Pertahanan Awam SMK Ayer Puteh Dalam iaitu Encik Ahmad Nazri bin Ibrahim dan Cik Nurul Nadia bt Ab Rashid telah mengikut kursus Guru Penyelaras Kadet yang diadakan di PULAPA Baling mulai 4 April 2010 hingga 8 April 2010. Kursus ini turut disertai oleh Guru Penyelaras dari negeri Perlis, Penang dan Perak. Seramai 36 orang guru yang terlibat.

Isnin, 1 Mac 2010

LATIHAN JALAN LASAK



                Latihan Jalan lasak untuk memperkembangkan daya tahan fizikal kadet pertahanan awam diadakan pada  hari Rabu bersamaan 3 Mac 2010 bertempat di persekitaran Bukit Tok Ya, Kampung Bukit Jambul. Latihan ini akan disertai 84 orang anggota kadet bagi memenuhi sukatan dalam ujian kenaikan pangkat ke Lans Kopral yang dijangka akan diadakan pada awal bulan April. Jarak laluan yang agak mencabar sejauh kira-kira hampir 6 km melalui jalan berturap dan diikuti lalauan meredah hutan yang agak mencabar.
Latihan ini akan dikendalikan dan diawasi oleh Jurulatih kadet dari Unit Pertahanan Awam Cawangan Pendang yang diketuai oleh Sarjan Fairul Adshar. Seramai 49 orang anggota Kadet Pertahanan Awam SMK Ayer Puteh Dalam terlibat. bagi menjayakan latihan ini. Bukit Tok yang berketinggian 700 meter memiliki keunikkan yang tersendiri. Disamping laluan mencerun yang agak mencabar tertadap perbagai flora yang masih terpelihara dari gangguan luar. Turut menyertai latihan ini juga ialah 30 orang anggota Kadet Pertahanan Awam dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun dan 5 orang Kadet Pertahanan Awam dari SMA Islah Pendang. Latihan yang bermula jam 4.00 petang itu berakhir pada pukul 6.15 petang. Latihan ini di ketua oleh Encik Ahmad Nazri bin Ibrahim guru penyelaras KAPA SMKAPD di bantu oleh Puan Zainatul Akmi dan Cik Nurul Nadia selaku guru penasihat kadet.

Ahad, 28 Februari 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA DAN MESYUARAT PELARASAN PEGAWAI / GURU PENASIHAT KAPA NEGERI KEDAH KALI 1 / 2010

Kursus tersebut diadakan pada ketetapan berikut:-
 
Tarikh / Hari  :  1 Mac 2010 (Isnin)
Tempat          :  Dewan Mesyaurat, SMK Aman Jaya , Sg. Petani, Kedah.
Masa             :  8.00 pagi - 5.00 petang
Kehadiran      : En. Ahmad Nazri bin Ibrahim ( Guru Penyelaras )
                        Pn . Zainatul Akmi bin Zulkifli ( Guru Penasihat Platun 2 )
                        Cik Nurul Nadia binti Ab Rashid ( Guru Penasihat Platun 3 )

Turut hadir : 10 orang Pegawai penyelaras Kadet dari JPAM Kedah.
PERKHEMAHAN KADET PERTAHANAN AWAM KALI 1 ( 2010 )
Tanggal 18 Februari 2010 hingga 20 Februari 2010, Unit KAPA SMK Ayer Puteh Dalam telah menyertai perkhemahan kadet peringkat daerah yang diadakan di Pusat Kokurikulum Sungai Tiang. Seramai 44 anggota kadet yang terlibat dalam perkhemahan ini. Perkhemahan ini turut disertai oleh anggota kadet pertahanan awam dari SMK Tobiar, Sekolah Model Khas Bukit Jenun, dan Sekolah Menengah Agama Islah. Seramai 5 orang jurulatih yang di bawah khas daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Cawangan Pendang, Yan, dan Kota Setar bertanggungjawab mengendalikan program sepanjang kursus ini.
Template by : kendhin x-template.blogspot.com