VISI DAN MISI KADET KAPA SMKAPD

VISI KAPA SMKAPD


Menjadikan kadet pertahanan awam SMK Ayer Puteh Dalam sebagai  sebuah unit yang sentiasa aktif dan dekat dengan segenap ahli masyarakat dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan proses pengurusan bencana.

MISI KAPA SMKAPD 

 

Melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan supaya dapat menguasai ilmu Pertahanan Awam demi memastikan keselamatan orang awam dan harta benda terus terpelihara sebelum, semasa dan selepas bencana atau peperangan.


OBJEKTIF

  • Memberi kemahiran-kemahiran pertolongan cemas, melawan kebakaran dan menyelamat yang boleh digunakan oleh pelajar pada bila-bila masa.
  • Memberi perkhidmatan sukarela kepada sesiapa yang memerlukan baik di sekolah atau luar sekolah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman. 
  • Menanam semangat kerjasama, bertanggungjawab, berperikemanusiaan, taatsetia, cintakan sekolah dan negara. 
  • Memupuk semangat hormat-menghormati, kekitaan, pengorbanan dan kejujuran antara satu sama lain.
  • Mencungkil dan memupuk semangat (nilai dan etika) kepimpinan di kalangan pelajar



Template by : kendhin x-template.blogspot.com